Friday, May 27, 2011

Rise Of Palestine

Assalammualaikum...
Hari jumaat so tadi tengah dok kemas folder dalam laptop terjumpa video ni...
So upload untuk dijadikan tontonan untuk kawan-kawan sekelian...mungkin betol kot apa yang dikatakan dalam video tu so just dengar sampai habis dan fikir-fikirkan...:)

sekian...




P/s:sekadar pendapat dan berkongsi video......

Thursday, May 26, 2011

4 pekara terakhir dalam kehidupan di dunia...

Assalammualaikum...

Hoho semalam kat FB i love Kelantan diaorang ada post pasal bnda ni.

4 pekara terakhir dalam kehidupan dunia:

1.Kenderaan Terakhir:KERANDA merupakan kenderaan terakhir kita.Sekaya mana kita sekalipon tetap apabila meninggal kelak di bawa dengan keranda.




2.Pakaian Terakhir: Of course KAIN KAPAN. Sekaya mana kita sekalipon,semampu mana kita sekalipon pakaian terakhir kita ialah KAIN KAPAN.

3.Rumah Terakhir: hoho of course LIANG LAHAD. Sebesar mana sekalipon rumah kita ada hatta ada mahligai tetapi apabila kita meninggal kelak yang ada hanya la LIANG LAHAD.




dan yang terakhir most important la org kata:

4.Harta Terakhir: Ingat la sekaya mana kita sekali pon, setinggi gunung duit kita ada sekali pon tapi tidak boleh digunakan pada hari kelak. Apa yang penting HARTA TERAKHIR IALAH AMALAN KITA. Tanpa Amalan yang soleh siapa la kita kelak.Maka TUNAIKANLAH APA YANG DIPERINTAH DAN TINGGALKAN APA YANG DILARANG...




SEKIAN.....

P/s; AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Sunday, May 22, 2011

Pesanan aYAH( ARTILEL I LUV ISLAM) :)

Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.

Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.

Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini.

Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.

Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.

Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.

Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.

Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.

Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.

Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.

Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, May 21, 2011

kejayaan???kekayaan??? kebahagian??? keberkatan???

Assalammualaikum...
Pelik tapi benar.
Mesti ramai tertanya-tanya pelik bebeno tajuk post ni.Hoho sebenarnya ini merupakan 4 pekara yang menarik perhatian saya. Sebenarnya persoalan ini dilontarkan oleh salah seorang kawan saya Thaqif ex-sic. credit to thaqif kerana mengeluarkan persoalan ini. :)

jadi meh kita tengok satu-persatu 4 pekara dia atas. Nak senang kira,kita panggil 4V sbb macam style skit. Lagipon 4 pekara ini lah selalu kita kejar dalam kehidupan :)

Kejayaan:haha rasanya ramai kot antara kita kejar pekara ni. Bkn apa, kita sejak kecil dididik sekiranya mempunyai rumah besar,kereta besar maka kita berjaya. Selagi tidak memiliki kita tidak berjaya. Aha!! ni dah salah.Hahaha bagi saya bnda ni salah kot. Kejayaan seseorang berlainan. Tidak semestinya bila kita berjaya memiliki kereta besar, rumah besar, baru kita dikatakan berjaya. Tetapi apa yang penting, kejayaan dari segi definasi saya ialah bila mana kita berusaha sedaya upaya kita dalam menyelesaikan sesuatu pekara. Itu lagi saya suka katakan sebagai kejayaan.Ini bermaksud bila kita sudah melakukan sebaik mungkin(istiqamah pon perlu k) dalam sesuatu pekara maka itu lah kejayaan kita sebenarnya. Bkn mudah tau sbb kadang2 xsemua orang melakukan kerja bersungguh-sungguh. Maka bagi saya suka saya katakan org yang tidak melakukan kerja bersungguh-sungguh ini sebagai tidak berjaya. Sorry org begini tiada tempat di dalam dunia ini :P

Kekayaan: AHaaaa!!! ni ramai kot nak. Rasanya kalau buat survey sekarang semua nak jadi kaya. haha saper xnk kaya oiii. Hahahahah. Tapi ingat jadi la orang kaya yang dermawan dan bantulah masayarakat sekeliling selagi mampu. Bkn apa sesetengah dari kita ni bila dah kaya lupa daratan,kedekut dan berkira.Ingatlah wahai umat manusia kekayaan itu hanyalah ALLAH kasi pinjam kat kita kejap jer atas dunia ni. Kenapa sekejap saya katakan sebab kita apabila kita dilahirkan kita telah di azan dan di iqamatkan dan apabila kita meninggal kita disembahyang. Maka ramai ahli ulamak mengatakan bahawa waktu kehidupan kita hanyalah antara waktu selepas iqamat dan mahu disembahyangkan.Maksudnya sebelum angakat takbir la. so singkat k kehidupan kita ni and just remember this thing :)

Kebahagiaan: No coment

Keberkatan: AHaaa ni la saya bagi jawapan kat Thaqif.haha saya nak kejar keberkatan. Simple kan perkataan ni tetapi besar nilainya wahai kawan2..hoho. Bayangkan selama kita hidup atas dunia ni,dari kita dilahirkan sampai kita hembuskan nafas terakhir, kita hidup xder keberkatan dari ALLAH S.W.T. Perghhhhh semua pekara kita buat xder keberkatan. Walaupun kita dah ada kejayaan,kekayaan,kebahagian tetapi kita xder keberkatan maka kita akn berada dalam kemurkaan ALLAH S.W.T. Bak kata seorang tua yang saya jumpa di kelantan"Hidup tanpa Keberkataan umpama kapal tanpa enjin atau layar . Kita buat semua pekara dah cukup bekalan makanan dah ada, kapten dah ada, anak kapal dan macam2 lagi semua dah lengkap tapi enjin kapal/layar kapal xder. Kemana kita???"mksdnya walaupon bermacam2 kita buat tapi tanpa keberkatan dari ALLAH S.w.T maka kita xkan kemana.Ingatlah kehidupan didunia ni sementara jer dan kekal akhirat sana.:)





P/s:Next week saya post lagi...tapi kalau ada bnda hot saya post xyah tgu next week pon xper...

Friday, May 20, 2011

Pengubahsuaian Blog


Assalammualaikum...
sukacita dimaklumkan blog saya kini di bawah pengubahsuaian...
semua post lama telah saya delete dan akan digantikan dengan post baru bermula esok....
hahaha Let Cross The Border.....

thanks