Tuesday, June 28, 2011

Wahai Bangsa Melayu!!!!

Assalammualaikum....

Sedih!!! Itu sahaja dapat digambarkan untuk bangsaku....BANGSA MELAYU. Kecewa dengan sikap segelintir melayu yang mana mahu bergaduh sesama sendiri. Tindakan ini hanya membuatkan bangsa kita lemah. Kenapa kita tidak menjadi seperti bangsa lain yang mana mereka hidup bersatu padu dan aman damai,kenapa perlu kita tumpahkan darah melayu keatas tanah air tercinta ini dan kenapa perlu kita bergaduh sesama sendiri.....

Aku bukanlah seorang yang pro kepada mana2 parti politik hatta kerajaan mahu pon pembangkang sekali pon  tetapi aku merupa seorang ISLAM MELAYU yang mahu melihat agama dan bangsanya menjadi BERJAYA. Aku bukanlah seorang yang pandai melemparkan kata2 tetapi aku merupa seorang yang mengutarakan pendapat. Kalau dengan cara ini aku dilabel sebagai pro kepada mana2 parti aku rela kerana niat aku menulis post ini hanya YANG ESA mengetahui.


Nasihatku kepada semua bersatulah di bawah PANJI ISLAM...BKN WARNA ATAU LOGO SESUATU BENDERA tetapi BERSATU ATAS NAMA NUBWAH(SEMANGAT PERSAHABATAN)..seperti mana semasa perjanjian Aqabah 1 dan 2 telah NABI MUHAMMAD S.A.W melakukan BAIAH(memberikan ikrar dan janji setia kepada agama islam dan nabi) dan ingat lah dunia ini hanyalah persinggahan sahaja tetapi akhirat la yang kekal selamanya.


sekain...wassalam.


p/s-sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..........

No comments:

Post a Comment